Open top menu
#htmlcaption1 GET CLEAN PRODUCT THE SHAKLEE DIFFERENCE BUSSINESS OPPORTUNITY
Wednesday, April 22, 2015
no image

Sekarang dah besar baru tau..dan rasanya perlu share..tapi bukan nak riak tau..saje nak share sebab ni adalah aku..

Orang selalu kata.."bestnye makan banyak pun kurus je".."ko ni keje makan je pun badan kurus je..jeles aku".."ko ni makan je tapi kenapa ko kurus"..

Ayat ni biasa aku dgr dari dlu..tp mungkin mreka xprasan yg aku mkn 2 skit je tp brulang2..n aku xsuka nasi putih..nasi goreng ok lg tp mst skit je..xbyk mane pun aku blh abs..

Bila difikirkan..kuantiti nasi putih yang aku makan dari kecik sampai besar tu sama..kadang makin sikit..lauk & sayur mesti ada..(tapi kalau pergi rumah orang, takde sayur pun aku telan je)..lauk ni aku lebih suka ikan berbanding ayam & daging..sayur+lauk lebih banyak dari nasi..kalau nasi letak bawah sayur+lauk..orang akan ingat aku tak ambik nasi..

Lepas tu aku jenis makan berulang..tapi bukan makan nasi la..bile lapar..capai la biskut ke keropok ke kuih ke..apa-apa yang agak ringan..makan sekadar bagi hilang lapar..dan aku bukan jenis lapar sikit terus makan..kalau rasa aku masih boleh tahan..aku akan tahan lapar tu..lebih kepada disiplinkan perut untuk tidak di isi sentiasa..

Air manis memang aku kurang sangat-sangat..dan aku bukan jenis suka manis..masa makan nasi (bukan kat luar) biasanya aku akan minum air suam..bukan air manis..kalau makan kat luar je aku minum air manis ais..kat rumah memang tak..sehari tak minum manis pun aku tak kesah..dah terbiasa & perlu dibiasakan..

Senaman? Aku bukan jenis masuk gym..berjoging..gigih bersenam..bersukan..memang semua tu susah aku nak buat..rasanya ramai jugak yang susah nak buat macam tu kan..

Apa yang aku buat? Aku tak mengeluh bila kene parking kereta jauh-jauh..aku tak kesah kene berjalan, naik tangga..bila bosan..aku tak suka terperuk tidur kat rumah..mesti aku akan keluar berjalan atau ronda la keliling rumah..tebas pokok ke..bercucuk tanam ke..senang kata tak reti diam..

Bila dah besar ni aku faham kenapa aku boleh maintain kecik je..sebab semua yang kat atas ni dah terbiasa dengan aku..bukan jenis jarang-jarang buat..orang kata dah habit..takda la aku disiplin sangat pun..aku ni masih boleh di ajak pergi jalan-jalan cari makan..tapi kalau hidangkan makanan banyak kat aku..kene la tunggu aku makan sebab aku bukan jenis sumbat semua sekaligus..aku kene take time untuk bagi ruang makanan tu..

Perut kita umpama belon..bila dah biasa isi banyak..kita akan terbiasa dengan jumlah yg banyak tu..kalau dah biasa isi sikit..kita tak kisah bila isi macam biasa & kita akan rasa nak muntah bila terlebih dari biasa..

Ni paling penting..MINDSET..kalau kita set makan sikit dah kenyang..kita akan rasa ok..kenyang..aku pernah ubah mindset untuk habiskan makanan sebab makanan tu sedap & tak nak membazir..berkesan..tapi tak boleh buat selalu..

Nak kurus cara mudah..ni la caranya..tapi ni cara lambat & selamat..

Sharing is caring..
Read more
Monday, September 15, 2014
Aku dan Dunia Penyusuan Susu Ibu

Dah lama tak bersiaran dalam blog ni..harini nak share tentang dunia penyusuan susu ibu dengan Shaklee.


Sebenarnya dari anak sulung dah merancang untuk fully breastfeed tetapi aku gagal sebab kurangnya ilmu penyusuan ni. Aku tiada kawan dan tiada mentor yg berjaya dalam dunia penyusuan susu ibu. 

Anak sulung masuk usia 2bulan baru jumpa Shaklee. Waktu ni aku hanya cuba ESP. Susu memang mencurah-curah. Tetapi waktu anak sulung 2bulan la aku dah mula bekerja semula. Di tambah dengan mulanya berpuasa ramadhan. Ilmu tak kukuh dan tak kuat. Ada membaca tetapi tak pandai nak praktikkan. Kebetulan pua kerja luar setiap hari. Selalu skip waktu mengepam. Tiada supply and demand. Awal puasa dan kerja aku masih direct breastfeed anak waktu malam. Tetapi lama kelamaan anak menolak. Kemungkinan susu fm lebih sedap dan susu badan dah mula cair sebab aku kurang makan. Maklum la hanya ambil ESP. Itupun aku skip pengabilannya.

Waktu anak 4bulan terus join Shaklee. Tak tahu kenapa. Lepas join Shaklee, aku banyak belajar. Bukan sahaja aku belajar tentang suplement Shaklee. Tetapi aku belajar juga tips penyusuan. Waktu ni Shaklee memang terkenal dengan set penyusuan. Aku bermula dengan share produk. Jadinya, bila ada orang beli secara tak langsung aku akan belajar cara untuk guide pembeli. Dari sinilah aku banyak membaca dan secara tak langsung aku dapat ilmu penyusuan.

Selepas jadi SID, aku mula ambil produk Shaklee dari satu produk ke satu produk sehinggakan dalam diam aku dah ambil set penuh untuk penyusuan, kesihatan, kehamilan serta kecantikan.

Awal tahun 2014, aku disahkan hamil anak kedua. Alhamdulillah. Jadinya, aku teruskan pengambilan B Complex, Vita Lea, Ostematrix, ESP dan Vita C Plus.
Tanpa di sangka, ketika kandungan berusia 4bulan aku dah mula rasa bengkak susu terutama bila aku makan banyak. Masuk 5bulan, susu mula keluar. Pada mulanya, yg keluar hanyalah air jernih seterusnya keluar susu putih tetapi agak cair. Ketika puasa yg lepas, memang tiap hari aku ambil ESP yg memang ada dalam set berpuasa. Waktu puasa ni la bengkak susu semakin terasa dan susu putih pekat mula keluar. Raya je aku berhenti ESP sebab waktu raya kan akan makan banyak. Tak sanggup nak menghadapi rasa bengkak susu tu. Walaupun aku dah berhenti pengambilan ESP, bila aku makan banyak dan cukup zat sahaja pun dah boleh rasa bengkak susu. Sekarang kandungan dah masuk 8bulan, susu yg mula keluar dah menjadi kekuningan. Mulanya aku rasa taku tetapi aku terbaca yg susu kuning ni la lebih berkualiti. Susu ni lebih dikenali sebagai 'hindmilk'. Susu ni lebih pekat, kandungan air lebih rendah, kandungan lemak yg tinggi dan secara tak langsung akan lebih mengenyangkan bayi dan ianya penting untuk pertumbuhan serta pembangunan tenaga dan otak bayi.

InsyaAllah niatku untuk fully breastfeed anak akan terlaksana. Tak sia-sia aku menjadi Shaklee Indipendent Distributor (SID). Bukan je dapat makan produk Shaklee dengan harga yg rendah, dapat ilmu penyusuan dan lain-lain jugak.

Aku hanya merancang dan berusaha. Semoga Allah perkenankan segalanya.
Read more
Thursday, May 1, 2014
Set Berpuasa : Mighty 3 Germs

Bulan Rejab dah tiba. Tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Mesti ramai yang dah mula fikir apa juadah bersahur dan berbuka.

Tahu tak Shaklee ada set untuk persediaan berpuasa. Ya, tak perlu sahur makanan berat pun masih boleh bertahan sepanjang hari.

Shaklee Mighty 3 Germs. Memang pilihan tepat untuk yang tak nak bersahur dengan makanan berat. Yang malas bangun sahur lagi la sesuai ambil set ni.

Shaklee Mighty 3 Germs mengandungi tiga produk Shaklee :

Energizing SoyProtein -  sumber protein tinggi yang dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.  

Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Ketika berpuasa, sebenarnya badan melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. 

Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan badan kekal rasa segar.  Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

Set ini sesuai di ambil oleh mereka yang berpuasa dan juga :

~ ibu mengandung
~ ibu yang menyusukan anak
~ warga tua
~ orang yg bekerja berat
~ kanak-kanak
~ remaja mahupun pelajar

Berminat???

 Boleh pm fb honey neeza atau fan page My little One Shop
 Nak lebih mudah Ã  sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109
Read more
Monday, April 28, 2014
Pelupa? Penyelesaian dalam menanganinya.

Semakin meningkat usia, semakin kurang daya ingatan. Ini tak dapat dinafikan lagi. Sebab tu makin tua makin lupa. Ibu hamil juga akan mengalami situasi sama di mana daya ingatan agak berkurangan di akibatkan oleh hormone ketika hamil.

Ada segelintir yang bertanya. “Sekarang saya cepat lupa la. Apa supplement yang boleh saya ambil?”

Di Shaklee, kami ada OMEGAGUARD dan B COMPLEX di mana mampu membantu masalah daya ingatan. Memang ramai sedia maklum tentang omega3 yang mampu membantu masalah berkaitan dengan otak. Tapi bagaimana pula dengan B COMPLEX?

Jom saya terangkan secara ringkas.


Tahukah anda kekurangan B12 akan menyebabkan alzheimer?

~ Ya. Kekurangan vitamin B12 akan menyebabkan masalah pelupa & seterusnya Alzheimer. Seseorang yang berusia lebih dari 65tahun lebih sukar menyerap vitamin B12 dari makanan yang di makan setiap hari tetapi vitamin B12 boleh didapati dari pengambilan supplement.

Ramai sedia maklum, B COMPLEX juga membantu dalam menangani stress. Stress juga berkaitan dengan kepala & juga otak. Jadi, pengambilan B COMPLEX yang mencukupi setiap hari bukan sahaja mampu membantu anda dalam menangani stress tetapi mampu mengurangkan risiko pelupa seiringan dengan usia.


Apakah kaitan Omega3 dengan daya ingatan?

info : Omega3 ( EPA & DHA ) berfungsi mengawal atur perembesan & keupayaan neurotransmeter di dalam otak.

~ Ya. EPA & DHA ni la yg penting dalam meningkatkan keupayaan otak untuk bekerja. Lagi-lagi la klau anda seorang yang banyak berfikir.

info : Omega3 mempunyai asid lemak politaktepu.

~ Asid lemak politaktepu dalam badan menjadi aras kecerdikan seseorang. Jika asid ini tidak seimbang di dalam badan, seseorang itu akan menghadapi masalah dalam pembelajaran dan mempunyai masalah sikap antaranya disleksia, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) dan juga autism.

Seringkali orang kaitkan omega3 hanya perlu untuk di ambil oleh kanak-kanak & juga pelajar. Sebenarnya tanggapan ini salah. Selagi anda menggunakan otak, anda masih memerlukan omega3.

Jika anda seorang yang tidak mengambil makanan seimbang setiap hari, seeloknya ambillah makanan tambahan untuk menampung keperluan seharian. Supaya apabila anda semakin meningkat usia, tiada ‘kekosongan’ di dalam badan anda. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Berminat???

 Boleh pm fb honey neeza atau fan page My little One Shop
 Nak lebih mudah Ã  sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109
Read more
Tuesday, April 1, 2014
Bayi Songsang (Breech)

Terdapat kira-kira 4 dari 100 kelahiran, bayi tidak boleh memusingkan kepalanya secara semulajadi. Jika kedudukan bayi songsang, kebiasaanya pembedahan secaran caesarean akan dilakukan. Lebih 3% kehamilan adalaha bayi dalam kedudukan songsang (breech) di mana kepala berada di atas dan punggung bayi berada di bawah. Bayi juga boleh berada dalam kedudukan melintang (transverse) atau dalam kedudukan menyerong (oblique).

bayi songsang

Penyebab kedudukan bayi songsang ketika hamil
Tiada sebab yang jelas mengapa kedudukan bayi songsang. Dalam kes lain, kedudukan bayi songsang berkemungkina dikaitkan dengan :
Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke – 37 kehamilan iaitu di mana sebelum bayi memusingkan sendiri kepalanya ke bawah.
Kehamilan kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk bayi boleh mengehadkan bayi menukar posisi di saat akhir kehamilan.
Air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit di dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak member lebih ruang kepada bayi bebas untuk berpusing di saat akhir. Manakala air ketuban yang sedikit mengehadkan bayi menukar posisi.
Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim turut mempengaruhi. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia mungkin menghalang bayi untuk berpusing.
Otot rahim yang lemah dan regang akibat kehamilan yang lalu.
Masalah kecacatan bayi termasuk jantung, saluran penghadaman, dan juga masalah otak turut mempengaruhi bayi songsang.

Tanda bayi dalam keadaan songsang
Ibu tidak akan merasa samada bayi songsang ataupun tidak tetapi ibu yang hamil lebih dari 36minggu boleh merasakan kedudukan kepala bayi yang menekan tulang rusuk atau bayi menendang di bahagian bawah abdomen. Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan yang selanjutnya.

Cara rawatan
Doktor boleh memusingkan kedudukan bayi secara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan yang sepatutnya menggunakan prosedur yang di panggil External Cephalic Version (ECV). Namun sekiranya prosedur ini gagal, ibu hamil tetap akan melahirkan secara pembedahan ceaserean.
Read more
Monday, March 31, 2014
Dayungan Hambar..Prestasi Longlai?? "Vitamin Cinta"

seks hambar

seks hambar punca penceraian



Hubungan suami isteri boleh menjadi hambar jika apa yang dikehendaki pasangan tidak dapat ditunaikan. Isteri yang dah mempunyai anak lebih dari seorang biasanya sering mengeluh.

Sekarang tidak perlu risau. VITAMIN CINTA SHAKLEE boleh membantu anda. Bukan sahaja sesuai untuk wanita. Tetapi juga amat sesuai di ambil oleh golongan lelaki.

menambah air mani

Kenapa Vitamin E Shaklee digelar VITAMIN CINTA???
 Vitamin E Complex mengandungi Vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi SELENIUM yang melengkapi fungsi Vitamin E.

 setiap 1biji kapsul Vitamin E memberikan:
~ 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
~ membantu dalam memelihara kesihatan baik.
~ Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
 kebaikkan GRAPE SEED EXTRACT di dalam Vitamin E
Grape seed extract berkuasa sebagai antioxsidan, antiallergenic, antihistamine dan anti-inflammatory. Ianya boleh memperbaiki perhubungan tisu, kedut-kedut dan kulit kendur.

Apa peranan Vitamin E pada suami dan juga isteri?

 peranan vitamin E untuk suami
~ lebih tenaga seksual
~ ereksi yang lebih lama
~ lebih mudah terangsang
~ libido yang lebih kuat
~ orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
 peranan vitamin E untuk isteri
~ lebih tenaga (seksual)
~ lebih mudah terangsang
~ libido lebih kuat
~ untuk menstabilkan hormon seks/kewanitaan terutamanya bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin yang tinggi.

KELEBIHAN LAIN VITAMIN E.
~ Antioksidan yang hebat 
~ Menyihatkan jantung
~ Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
~ Membantu dalam pencegahan penyakit katarak, 
~ Meningkatkan prestasi atlit, dan 
~ Mengendurkan otot kaki dari kekejangan 



Alfalfa
Alfalfa pula bertindak lebih hebat dari kacip fatimah. ianya memberi kuasa grip yang boleh membantu pasangan suami isteri menikmati hubungan cinta dengan lebih mengasyikkan. Alfalfa membantu isteri yang mengalami masalah kering ketika bersama, merawat masalah keputihan dan miss V berbau yang pastinya boleh mengganggu keselesaan ketika bersama.




Pada suami dan isteri, boleh la ambil Vitamin E dan Alfalfa untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Tak salah pun berkorban sedikit untuk kebahagiaan.

Berminat???

 Boleh pm fb honey neeza atau fan page My little One Shop

 Nak lebih mudah Ã  sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109

Read more
Thursday, March 27, 2014
Pro Sante-Merawat Keguguran Rambut

masalah rambut gugur botak

7 Faktor Rambut Gugur

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia secara berlebihan. Ada yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Akibatnya, rambut gugur terjadi.

2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Selain itu, hormon yang tidak stabil di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan  faktor genetik.

4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur. 

5-Mempunyai masalah angin badan yang serius. 

6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.


Rawat Keguguran Rambut Dengan Pro Sante Shaklee!!

pro sante

Nourishing Scalp Treatment

Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang
mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan ShakleeProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

pro sante

Revitalizing Shampoo

  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
pro sante

Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.
pro sante

Replenishing Conditioner

  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

pro sante

Long Lasting Finishing Spray

  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
                          pro sante

Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
                             pro sante

pro sante✆ berminat??? pm/sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109

Read more
VIVIX- Alternatif Kepada Amputasi

kaki potong diabetes

Petikan dari Berita Harian

KUALA LUMPUR (2012/06/23 ): Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata keputusan kaji selidik NHMS itu membimbangkan dan memerlukan perhatian semua pihak untuk mencegahnya. Beliau berkata jumlah itu masih tinggi walaupun Kementerian Kesihatan melakukan pelbagai usaha menanganinya sejak beberapa tahun lalu. 


“Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,” katanya selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan ‘Ke arah Pencegahan dan Pengawalan Diabetes yang Lebih Baik’ di sini, semalam.

Katanya, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perawatan Luka Peringkat Asia Pasifik 2012, berkata menjelang Januari tahun depan, hampir 130 hospital pakar dan bukan pakar di seluruh negara akan mempunyai Jawatankuasa Penjagaan Luka memandangkan peningkatan pesakit kencing manis dalam negara ini.

Katanya, ada lebih 5.6 juta pesakit dalam negara ini dan 25 peratus dari jumlah itu mengalami komplikasi kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul.
Beliau berkata penjagaan luka yang baik dalam kalangan pesakit diabetes mengurangkan risiko amputasi kaki.

vivix

Apa itu Vivix?
Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
~ Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

vivix
Antara manfaat Vivix Shaklee :-

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

10 kebaikan Vivix

☑ Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti penuaan
☑ Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi serius
☑ Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
☑ Mengurangkan komplikasi diabetes/kencing manis
☑ Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi sistem saraf
☑ Mengurangkan alzheimer – penyakit nyanyuk
☑ Membantu dala proses penurunan berat badan
☑ Meningkatkan imuniti badan
☑ Menyokong kesihatan mata
☑ Menggalakkan kesihatan seluruh badan

Vivix bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit-penyakit serius seperti :-
✿ Diabetes
✿ Tahap kolestrol yang tinggi
✿ Penyakit kardiovaskular (jantung)
✿ Tekanan darah tinggi
✿ Alzheimer (nyanyuk)
✿ Arthritis, osteoporosis, masalh sendi dan tulang
✿ Gout
✿ Keletihan
✿ Rendah metabolisme
✿ Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
✿ Kanser dan tumor
✿ Katarak dan masalah mata
✿ Masalah saraf
✿ Lemah daya tahan badan (imuniti)

testimonial vivix
✆ berminat??? pm/sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109

Read more

mommykhalifah.com