Assalamualaikum..
Pengambilan makanan berkalori tinggi merupakan penyebab utama kegemukan
di Malaysia. Setiap makanan yang di ambil mempunyai kandungan kalori yang
berbeza. Sekiranya anda mahu berdiet dan menjaga kesihatan, anda perlu tahu
berapa jumlah kalori yang ada di dalam makanan anda.
Apakah dia kalori?
Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak.
Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak.
Berikut adalah pengiraan nilai kalori :
1 g karbohidrat = 4 kalori
1 g protein = 4 kalori
1 g lemak = 9 kalori
Nilai kalori sehari
yang diperlukan oleh seseorang :
Lelaki = 2000 – 2500
Perempuan = 1600-2000
Contoh Pengiraan Kalori dalam Makanan
1 sudu teh gula (5 g) = 20 kalori
1 sudu teh minyak masak (5 g) = 45 kalori
Contoh 1
a) 1 cawan mihun kosong direndam (45 g) = 75 kalori
b) 1 cawan mihun (45 g) + 1 sudu teh minyak (5 g) =
120 kalori
c) 1 cawan mihun (45 g) + 2 sudu teh minyak (10 g)
+ 1 biji telur (50 g)
+ ½ cawan sayur berdaun (30 g) = 255 kalori
Contoh 2
a) 1 senduk nasi putih (75 g) = 100 kalori
b) 1 senduk nasi minyak (75 g) = 134 kalori
c) 1 senduk nasi minyak (75 g) + 1 ketul ayam masak
merah (90 g) + 1
senduk dalca sayur (80 g) = 364 kalori
Contoh 3
a) 1 cawan air teh O kosong (200 ml) = 0 kalori
b) 1 cawan teh O (200 ml) + 1 sudu teh gula (5 g) =
20 kalori
c) 1 cawan teh O (200 ml) + 1 sudu teh gula (5 g) + 1 sudu makan krimer
manis (10 g) = 110 kalori
Berikut
adalah senarai makanan bersama kandungan kalori :
Carta Perbandingan Kalori dan Penggunaan Tenaga
Agihan kalori mengikut waktu makan
Mulai hari ini, dah
boleh kira sendiri berapa banyak kalori yang kita ambil setiap hari dalam
setiap hidangan.
0 comments