Open top menu
Saturday, March 1, 2014

Assalamualaikum..

Sedang khusyuk baca-baca online, terjumpa artikel tentang anak stress. Tiba-tiba terfikir, kanak-kanak pun stress ye. Jadinya, aku buat la research sikit tentang ni.

Yang membezakan stress di kalangan dewasa adalah mereka boleh berusaha untuk menangani stress dengan pelbagai cara tetapi sebaliknya bagi kanak-kanak. Mereka akan menunjukkan stress dengan kelakuan.

Kemungkinan kanak-kanak yang terlalu kuat meragam dan buat perangai adalah kanak-kanak yang sedang mengalami stress. Adakah anak anda melakukan sedemikian?


Jom semak ciri-ciri anak yang stress.

Susah tidur
Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stress adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentiasa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.

Terlalu aktif
Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walaupun sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, kanak-kanak ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.

Pemalu
Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stress. Anda patut berasa curiga sekiranya anak terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Suka mengamuk
Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukal, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stress. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan meningkatkan lagi stress si anak.

Cerewet makan
Terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.

Kencing malam
Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stress dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar  mengendalikan rasa hendak buang air kecil.

Mudah menangis
Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak kecil yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stress.

Ketakutan
Kanak-kanak yang stress selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.


Sebagai ibu bapa, kita perlulah mengenal pasti punca anak mengalami stress dan berusaha untuk menanganinya.
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com