Open top menu
Monday, March 3, 2014

Assalamualaikum..

Hari ini aku ingin berkongsi tentang bahan-bahan kimia yang boleh membahayakan pada kandungan.

Ibu-ibu seeloknya mengelak dari menyentuh bahan kimia semasa hamil keranabahan kimia tersebut boleh membahayakan kandungan.

Ada di antara bahan kimia yang berunsur teratogen. Teratogen ialah bahan yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.tetapi ini bergantung kepada berapa kerap dan berapa banyak diri seseorang terdedah kepada bahan tersebut.

Walau bagaimanapun, kecacatan kelahiran jarang berlaku. Ia hanya melibatkan di antara dua hingga tiga peratus bayi. Kurang daripada 10 peratus daripada kecacatan kelahiran yang berlaku adalah disebabkan oleh pendedahan kepada teratogen.

Perlu diingat bahawa pendedahan kepada bahan kimia berbahaya bagi jangka masa yang panjang adalah lebih berbahaya daripada pendedahan yang jarang dan sedikit. Penting bagi kita berbincang dengan doktor jika kita kerap terdedah kepada bahan kimia.

Kita tidak mungkin dapat hidup dalam bebuih steril sepanjang kehamilan. Maka kita perlulah berfikir bagaimana kita boleh melindungi bayi dalam kandungan daripada bahan kimia berbahaya.

bahan kimia berbahaya

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil jika anda terdedah kepada bahan-bahan kimia di bawah:

Produk pembersihan rumah
Kita tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai pelbagai jenis bahan kimia dan produk pembersih rumah yang biasa kita gunakan. Jika kita menggunakannya, pakailah sarung tangan dan elak dari menyentuh secara langsung dengan produk-produk yang mempunyai bau yang kuat dan mempunyai banyak amaran pada labelnya.

Ada di antara pembersih ketuhar dan pembersih lantai bilik air termasuk dalam kategori ini. Selain itu, cuba elak dari menggunakan racun perosak, racun serangga dan racun kulat. Untuk mengelak daripada terhidu bau, buka tingkap dan jangan guna produk-produk dalam tin aerosol.

Ada bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan produk-produk pembersihan berasaskan kimia yang kerap semasa hamil boleh menyebabkan bayi menghidap semput apabila dilahirkan. Ini kerana tidak mustahil bagi bahan kimia untuk masuk ke dalam badan dan menjejaskan perkembangan paru-paru serta organ-organ bayi. Jadi, eloklah jika kita cuba untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia pencuci.

Kita juga boleh membeli produk pembersihan berasaskan bahan semula jadi yang bebas daripada bahan-bahan yang kuat dan beracun. Jika tinggal di bandar-bandar besar dan pusat bandar, kita boleh membeli produk-produk seperti ini di kebanyakan pasaraya dan kedai-kedai makanan organik. Dengan mengurangkan jumlah bahan kimia berbahaya di rumah, kita dapat mengurangkan pendedahan bayi kepadanya apabila dia lahir nanti.

Bahan kimia di tempat kerja
Jika kerja melibatkan pendedahan yang kerap kepada pelarut organik semasa hamil, seseorang mungkin berdepan dengan risiko keguguran atau bayi lahir dengan kecacatan. Jika sedang hamil, cuba kurangkan pendedahan kepada pelarut organik di tempat kerja.

Cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh. Bacalah risalah dari UK bagi ibu baru dan ibu hamil yang bekerja, New and Expectant Mothers at Work. Risalah ini memaparkan panduan terperinci berkaitan penilaian risiko kesihatan dan keselamatan daripada bahan kimia dan faktor-faktor lain di tempat kerja.

Cat
Semasa hamil, kita mungkin mempunyai keinginan untuk menghias, terutamanya jika sedang menyediakan bilik untuk bayi. Walau bagaimanapun, lebih baik mengelak daripada bersentuhan dengan bahan-bahan berikut:

·         ~ cat berasaskan minyak
·         ~ penggilap lantai berasaskan poliuretana
·         ~ cat sembur
·         ~ turpentin (dan pelarut seumpamanya)
·         ~ cecair penghilang cat.

Jika terpaksa mengecat, cat berasaskan air adalah pilihan yang lebih selamat, dan cat itu haruslah disapu atau digolek, bukannya disembur. Pastikan bilik itu mempunyai pengudaraan yang baik, dan pakailah baju berlengan panjang dan topeng muka yang sesuai (topeng berpengudaraan dan mempunyai penapis).

Plumbum
Cuba elakkan daripada bersentuhan dengan plumbum. Seseorang boleh terdedah kepada plumbum melalui:

·         ~ Air minuman yang dicemari plumbum. Plumbum boleh mencemari air jika ia melarutlesap daripada paip lama. Jika seseorang tinggal di rumah lama, ada kemungkinan terdapat paip plumbum di dalam bangunan itu. Biarkan air paip mengalir selama beberapa minit sebelum mengisi gelas atau cerek, atau gunakan penapis air. Jangan guna air panas terus daripada paip untuk minuman atau untuk memasak, sebaliknya panaskan air sejuk.
·         ~ Hobi seperti membuat seramik, barang kemas, pencetakan, elektronik, peniupan kaca atau tingkap kaca berwarna.
·         ~ Membuang cat lama semasa menghias rumah. Cat berasaskan plumbum biasa digunakan sebelum tahun 1970an.
·         ~ Menggunakan gelas kristal berplumbum atau pinggan seramik yang disadur dengan plumbum (biasa terdapat pada pinggan lama atau yang diimport).

Raksa/Merkuri
Cara yang biasa seseorang boleh terdedah kepada raksa ialah dengan memakan ikan yang tercemar dengan bahan tersebut. Tahap raksa tertinggi dikesan pada ikan-ikan besar di hujung rantaian makanan, seperti yu gergaji (swordfish), jerung dan marlin. Dinasihatkan supaya tidak memakan ikan-ikan ini semasa hamil. Seseorang boleh makan ikan tuna tetapi hadkan kepada tidak lebih daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna seminggu.

Jika terdapat keraguan, bolehlah bertanya dengan lebih lanjut kepada doctor atau pihak yang lebih pakar.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com