Terdapat kira-kira 4 dari 100 kelahiran, bayi tidak boleh
memusingkan kepalanya secara semulajadi. Jika kedudukan bayi songsang,
kebiasaanya pembedahan secaran caesarean akan dilakukan. Lebih 3% kehamilan
adalaha bayi dalam kedudukan songsang (breech) di mana kepala berada di atas
dan punggung bayi berada di bawah. Bayi juga boleh berada dalam kedudukan
melintang (transverse) atau dalam kedudukan menyerong (oblique).
Penyebab
kedudukan bayi songsang ketika hamil
✎ Tiada
sebab yang jelas mengapa kedudukan bayi songsang. Dalam kes lain, kedudukan
bayi songsang berkemungkina dikaitkan dengan :
✎ Kelahiran
bayi yang bermula sebelum minggu ke – 37 kehamilan iaitu di mana sebelum bayi
memusingkan sendiri kepalanya ke bawah.
✎ Kehamilan
kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk bayi boleh mengehadkan bayi
menukar posisi di saat akhir kehamilan.
✎ Air
ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit di dalam rahim. Air ketuban
yang terlalu banyak member lebih ruang kepada bayi bebas untuk berpusing di
saat akhir. Manakala air ketuban yang sedikit mengehadkan bayi menukar posisi.
✎ Masalah
rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam
rahim turut mempengaruhi. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia mungkin
menghalang bayi untuk berpusing.
✎ Otot
rahim yang lemah dan regang akibat kehamilan yang lalu.
✎ Masalah
kecacatan bayi termasuk jantung, saluran penghadaman, dan juga masalah otak
turut mempengaruhi bayi songsang.
Tanda bayi dalam keadaan songsang
Ibu tidak akan merasa
samada bayi songsang ataupun tidak tetapi ibu yang hamil lebih dari 36minggu
boleh merasakan kedudukan kepala bayi yang menekan tulang rusuk atau bayi
menendang di bahagian bawah abdomen. Berjumpalah dengan doktor untuk
pemeriksaan yang selanjutnya.
Cara rawatan
Doktor boleh memusingkan
kedudukan bayi secara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan yang
sepatutnya menggunakan prosedur yang di panggil External Cephalic Version
(ECV). Namun sekiranya prosedur ini gagal, ibu hamil tetap akan melahirkan
secara pembedahan ceaserean.
0 comments