Open top menu
Wednesday, April 22, 2015

Sekarang dah besar baru tau..dan rasanya perlu share..tapi bukan nak riak tau..saje nak share sebab ni adalah aku..

Orang selalu kata.."bestnye makan banyak pun kurus je".."ko ni keje makan je pun badan kurus je..jeles aku".."ko ni makan je tapi kenapa ko kurus"..

Ayat ni biasa aku dgr dari dlu..tp mungkin mreka xprasan yg aku mkn 2 skit je tp brulang2..n aku xsuka nasi putih..nasi goreng ok lg tp mst skit je..xbyk mane pun aku blh abs..

Bila difikirkan..kuantiti nasi putih yang aku makan dari kecik sampai besar tu sama..kadang makin sikit..lauk & sayur mesti ada..(tapi kalau pergi rumah orang, takde sayur pun aku telan je)..lauk ni aku lebih suka ikan berbanding ayam & daging..sayur+lauk lebih banyak dari nasi..kalau nasi letak bawah sayur+lauk..orang akan ingat aku tak ambik nasi..

Lepas tu aku jenis makan berulang..tapi bukan makan nasi la..bile lapar..capai la biskut ke keropok ke kuih ke..apa-apa yang agak ringan..makan sekadar bagi hilang lapar..dan aku bukan jenis lapar sikit terus makan..kalau rasa aku masih boleh tahan..aku akan tahan lapar tu..lebih kepada disiplinkan perut untuk tidak di isi sentiasa..

Air manis memang aku kurang sangat-sangat..dan aku bukan jenis suka manis..masa makan nasi (bukan kat luar) biasanya aku akan minum air suam..bukan air manis..kalau makan kat luar je aku minum air manis ais..kat rumah memang tak..sehari tak minum manis pun aku tak kesah..dah terbiasa & perlu dibiasakan..

Senaman? Aku bukan jenis masuk gym..berjoging..gigih bersenam..bersukan..memang semua tu susah aku nak buat..rasanya ramai jugak yang susah nak buat macam tu kan..

Apa yang aku buat? Aku tak mengeluh bila kene parking kereta jauh-jauh..aku tak kesah kene berjalan, naik tangga..bila bosan..aku tak suka terperuk tidur kat rumah..mesti aku akan keluar berjalan atau ronda la keliling rumah..tebas pokok ke..bercucuk tanam ke..senang kata tak reti diam..

Bila dah besar ni aku faham kenapa aku boleh maintain kecik je..sebab semua yang kat atas ni dah terbiasa dengan aku..bukan jenis jarang-jarang buat..orang kata dah habit..takda la aku disiplin sangat pun..aku ni masih boleh di ajak pergi jalan-jalan cari makan..tapi kalau hidangkan makanan banyak kat aku..kene la tunggu aku makan sebab aku bukan jenis sumbat semua sekaligus..aku kene take time untuk bagi ruang makanan tu..

Perut kita umpama belon..bila dah biasa isi banyak..kita akan terbiasa dengan jumlah yg banyak tu..kalau dah biasa isi sikit..kita tak kisah bila isi macam biasa & kita akan rasa nak muntah bila terlebih dari biasa..

Ni paling penting..MINDSET..kalau kita set makan sikit dah kenyang..kita akan rasa ok..kenyang..aku pernah ubah mindset untuk habiskan makanan sebab makanan tu sedap & tak nak membazir..berkesan..tapi tak boleh buat selalu..

Nak kurus cara mudah..ni la caranya..tapi ni cara lambat & selamat..

Sharing is caring..
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

This is the most recent post.
Older Post

0 comments

mommykhalifah.com