Open top menu
Monday, September 15, 2014

Dah lama tak bersiaran dalam blog ni..harini nak share tentang dunia penyusuan susu ibu dengan Shaklee.


Sebenarnya dari anak sulung dah merancang untuk fully breastfeed tetapi aku gagal sebab kurangnya ilmu penyusuan ni. Aku tiada kawan dan tiada mentor yg berjaya dalam dunia penyusuan susu ibu. 

Anak sulung masuk usia 2bulan baru jumpa Shaklee. Waktu ni aku hanya cuba ESP. Susu memang mencurah-curah. Tetapi waktu anak sulung 2bulan la aku dah mula bekerja semula. Di tambah dengan mulanya berpuasa ramadhan. Ilmu tak kukuh dan tak kuat. Ada membaca tetapi tak pandai nak praktikkan. Kebetulan pua kerja luar setiap hari. Selalu skip waktu mengepam. Tiada supply and demand. Awal puasa dan kerja aku masih direct breastfeed anak waktu malam. Tetapi lama kelamaan anak menolak. Kemungkinan susu fm lebih sedap dan susu badan dah mula cair sebab aku kurang makan. Maklum la hanya ambil ESP. Itupun aku skip pengabilannya.

Waktu anak 4bulan terus join Shaklee. Tak tahu kenapa. Lepas join Shaklee, aku banyak belajar. Bukan sahaja aku belajar tentang suplement Shaklee. Tetapi aku belajar juga tips penyusuan. Waktu ni Shaklee memang terkenal dengan set penyusuan. Aku bermula dengan share produk. Jadinya, bila ada orang beli secara tak langsung aku akan belajar cara untuk guide pembeli. Dari sinilah aku banyak membaca dan secara tak langsung aku dapat ilmu penyusuan.

Selepas jadi SID, aku mula ambil produk Shaklee dari satu produk ke satu produk sehinggakan dalam diam aku dah ambil set penuh untuk penyusuan, kesihatan, kehamilan serta kecantikan.

Awal tahun 2014, aku disahkan hamil anak kedua. Alhamdulillah. Jadinya, aku teruskan pengambilan B Complex, Vita Lea, Ostematrix, ESP dan Vita C Plus.
Tanpa di sangka, ketika kandungan berusia 4bulan aku dah mula rasa bengkak susu terutama bila aku makan banyak. Masuk 5bulan, susu mula keluar. Pada mulanya, yg keluar hanyalah air jernih seterusnya keluar susu putih tetapi agak cair. Ketika puasa yg lepas, memang tiap hari aku ambil ESP yg memang ada dalam set berpuasa. Waktu puasa ni la bengkak susu semakin terasa dan susu putih pekat mula keluar. Raya je aku berhenti ESP sebab waktu raya kan akan makan banyak. Tak sanggup nak menghadapi rasa bengkak susu tu. Walaupun aku dah berhenti pengambilan ESP, bila aku makan banyak dan cukup zat sahaja pun dah boleh rasa bengkak susu. Sekarang kandungan dah masuk 8bulan, susu yg mula keluar dah menjadi kekuningan. Mulanya aku rasa taku tetapi aku terbaca yg susu kuning ni la lebih berkualiti. Susu ni lebih dikenali sebagai 'hindmilk'. Susu ni lebih pekat, kandungan air lebih rendah, kandungan lemak yg tinggi dan secara tak langsung akan lebih mengenyangkan bayi dan ianya penting untuk pertumbuhan serta pembangunan tenaga dan otak bayi.

InsyaAllah niatku untuk fully breastfeed anak akan terlaksana. Tak sia-sia aku menjadi Shaklee Indipendent Distributor (SID). Bukan je dapat makan produk Shaklee dengan harga yg rendah, dapat ilmu penyusuan dan lain-lain jugak.

Aku hanya merancang dan berusaha. Semoga Allah perkenankan segalanya.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com