Assalamualaikum..
Tak kira
kurus mahupun gemuk, paras kolesterol tetap membimbangkan kerana paras
kolestrol yang tinggi bukan sahaja ada pada mereka yang bertubuh besar.
Apakah kolesterol?
Kolesterol ialah
bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian
daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama
kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol
pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan,
kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol
bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati
mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan
kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas
makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu
makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran
darah.
Kolesterol
tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas
yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam
darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau
lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol
LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah,
dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai
kolesterol baik.
Kolesterol penyebab serangan jantung.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila
dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri,
menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol.
Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran
arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila
arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu
membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan
oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri
yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung
(serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan
menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati,
untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada
dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
Sumber : Wikipedia
Salah satu
cara untuk menurunkan kolesterol yang tinggi adalah dengan pengambilan omega
yang konsisten.
Ikan dan Omega 3
Memakan
ikan dan omega 3 yang konsisten dapat mencegah beberapa penyakit.
Diet yang kaya
dengan omega 3 dapat mengurangkan risiko jantung, mengurangkan risiko
penggumpalan darah dan juga boleh menurunkan tekanan darah. Para ahli kesihatan
menganjurkan untuk memakan ikan kaya omega 3 sebanyak 2 kali dalam seminggu.
Kajian yang
pernah dilakukan di Norway University of Science and Technology terhadap
penghidap diabetes jenis 2 yang banyak makan ikan yang kaya dengan omega 3
selama 9 minggu ternyata mengalami penurunan kepekatan dan saiz jenis
kolesterol di dalam tubuhnya.
Di Shaklee,
omega lebih dikenali dengan OmegaGuard Shaklee yang mana dapat membantu dalam
menurunkan bacaan kolesterol LDL iaitu kolesterol jahat.
Omega
Guard adalah minyak ikan yang kaya dengan EFA (essential fatty acid), atau asid
lemak perlu. Asid lemak jenis Omega-3 membantu meningkatkan kadar kolesterol
HDL (kolesterol baik). Kolesterol baik ini akan mengeluarkan kolesterol dalam
pembuluhd arah agar tidak terjadi pengenapan kolesterol di situ.
Testimoni
Berminat???
✆ Nak lebih mudah -->
sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109
0 comments