Assalamualaikum..
Harini nak bercerita kosong. Saja nak share pengalaman sendri
sejak consume Shaklee. Memang totally different.
Pengalaman pertama dengan Shaklee adalah ESP. Aku consume ESP untuk penyusuan. Jumpa Shaklee selepas bersalin.
Dah habis pantang dah pun tapi masih bercuti. Consume ESP memang susu banyak.
ESP je tau. Time ni tak tahu pun Shaklee ada macam-macam jenis produk.
Beberapa bulan lepas tu decide untuk join member. Sambil nak
cari side income, sambil guna untuk sendiri. Produk kedua yang aku ambil adala OSTEMATRIX. Ni paling setia. Setiap bulan wajib beli. Aku penggemar susu dan
seangkatan dengannya. Tapi lepas ada anak, jarang sangat dapat minum susu,
makan yogurt, makan cheese. So kalsium untuk badan makin berkurangan. Badan
jadi sakit-sakit dan lenguh. Kerja pulak makan berganda ditambah dengan anak
kecil lagi.
OSTEMATRIX paling best sebab sejak consume ni badan dah tak
lenguh. Dah jarang nak sakit-sakit, tidur tak cukup pun badan still
cergas, gigi geraham bongsu yang pertumbuhan terencat pun dah elok tumbuh.
PALING BEST, pembuangan lawas setiap hari. Pernah try tinggal OSTEMATRIX
3minggu, badan aduhai..memang sakit-sakit..pembuangan pun out.
Seterusnya try VITA-E COMPLEX untuk kulit. Kulit memang dah
cantik tapi kadang terbabas gak tentang penjagaan muka. So jerawat mudah naik.
Yang berbeza bila consume VITA E ni, jerawat manja-manja tau nak naik.
Kelembapan kulit pun berbeza. Mudah di jaga walaupun kadang balik lambat,
lambat cuci muka, berdepan dengan habuk dan lain-lain lagi la. Parut jerawat
pun mudah hilang. Maklum la tangan gatal nak usik jerawat je.
VITA LEA dan B COMPLEX ambil serentak. Sebab time ni kene tekanan darah rendah. Aku
memang ada tekanan darah rendah lagi-lagi bila tak jaga makan, maksudnya kurang
nutrisi la. Alhamdulillah lepas consume dua vitamin ni, dah tak mudah pening.
Aku paling suka si hijau VITA LEA tu. Yang sekarang tengah promo. Kenapa? Even
badan tak cukup rehat, waktu makan tak jaga sangat, still cergas lagi bila
ambil VITA LEA ni.
Ha ALFALFA lak. Perempuan biasa la dengan
masalah keputihan. Aku ambil ALFALFA sebab masalah ni la. Masalah keputihan aku
tak teruk mana tapi still la tak selesa. Aku ambil ALFALFA ni 3biji je sehari.
Tak ikut pun cam kat botol sampai 10biji. Masalah tak teruk pun kan. Ni pun
jatuh cinta gak. Keputihan terus hilang. Seronok sangat. Bersih je rasa.
Untuk kulit, aku tambah VITA-C PLUS dan COLLAGEN POWDER. Seperti yang kita tahu, VITA C hanya boleh didapati dari makanan
mahupun supplement. Aku bukanlah penggemar oren. So memang susah nak
dapat vitamin C. Bila stok VITA C dah kembali ada, terus grab untuk diri
sendiri.
COLLAGEN POWDER ni aku was-was nak try. Kenapa? Bukan sebab tak
halal ke apa. Dulu husband pernah belikan collagen brand apa entah. Lupa. Bila
ambil je mesti aku ceri beri seteruk-teruknya. Stop je ok. Sejak tu aku takut
nak try collagen. Beranikan diri try COLLAGEN POWDER ni. Alhamdulillah ok.
Takda apa-apa masalah.
Yang paling best, VITA C dengan COLLAGEN POWDER ni boleh buat
masker. Memang best sangat sebab bila cuci je boleh rasa muka lembut dan licin.
OMEGAGUARD pulak aku ambil untuk otak la.
Maklum la usia makin meningkat. Ingatan semakin lemah. Banyak order. Selalu je
lupa. Alhamdulillah bila amik OMEGAGUARD ni membantu sikit. Sambil tu ambil
OMEGAGUARD untuk bantu bakar lemak dengan lebih cepat. Bukan tu je, OMEGAGUARD
ni bantu turunkan kolesterol. Memang aku badan kecik je tapi tak bermakna tahap
kolesterol LDL tinggi.
Paling best untuk bantu nak berdiet adalah CINCH SHAKE. Ni aku jarang minum. Aku ambil bila perlu je. Contoh waktu
malam. Dah makan malam tapi dalam selang masa tu masih terasa lapar dan sibuk
nak mengunyah. Time ni la aku akan ambil CINCH + ESP + MILO. Resepi paling
digemari. Lagi satu bila aku sibuk dan tak sempat nak makan sangat. Pernah
sekali memang aku sibuk dari pagi, so aku bancuh CINCH siap-siap untuk
bekalan. Aku ganti breakfast dengan ni je dan very amazing, aku lupa makan sampai
petang sebab rasa kenyang lebih lama.
Aku rabun silau agak teruk. Untuk masalah ni aku ambil CAROTOMAX. 2bulan berturut aku consume. Seawall 4hari dah Nampak perbezaan.
Mata makin cerah. Actually spec aku dah kena ganti sebab dah lebih 3tahun. Tapi
sebabkan malas dan saying duit. Aku makan CAROTOMAX ni je. Alhamdulillah spec
ni dah rasa cam spec baru. Jangan jeles ye. Pernah try drive pergi kerja tanpa
spec. tak pening dan penglihatan hamper jelas. Biasanya tak sampai setengah
perjalanan dah pening nak muntah.
Masalah angin dalam badan memang sinonim dengan aku. Dari kecil
sampai besar tak boleh miss minum air masak panas dalam sehari. At least sehari
minum 1 gelas. Paling alah pada teh sebab akan buat perut aku terasa macam
kembung tapi lebih teruk dari tu. Kena berurut baru hilang. Tapi bukan semua
berani nak urut bahagian perut ni. Natijahnya aku terpaksa berpantang minum
teh. Kan Shaklee ada PEPPERMINT GINGER PLUS, aku try ni. Memang kerja
membuang angin je. Kentut, sendawa semua ada. Tapi best, badan rasa ringan dan
rasa rasa sedap. Dah tak rasa angina dalam badan. Sekarang 3-4hari sekali mesti
ambil.
PERFORMANCE
DRINK aku
pernah ambil time puasa. Memang superb. Kerja lasak ke sana ke mari memang
sesuai sangat ambil ni. Kurang rasa haus lagi-lagi time panas. Time demam pun
sesuai ambil ni.
Panadol di rumah dah takda. Ganti dengan NUTRIFERON. Sekarang kalau terasa macam nak demam atau selesema, cepat-cepat
ambil NUTRIFERON. Alhamdulillah nak sakit pun tak jadi sakit. Kita berusaha, Allah
tentukan.
Ini kisah aku bersama produk-produk Shaklee. Kisah aku sorang je
tau. Ada lagi produk lain yang ahli keluarga memang consume. Ada masa nanti
akan share sikit-sikit.
Alhamdulillah. Syukur sangat sebab dipertemukan dengan Shaklee. Kesihatan
sekarang memang jauh berbeza. Dulu kerap mc dan rasanya kerap la ambil ubat dan
jumpa doktor walaupun panel klinik. Tapi sekarang tak lagi. Rasanya last pergi
klinik masa puasa sebab terpaksa ambil mc. Time ni darah rendah. Selepas tu
memang dah takda. Bukan aku sorang je, anak dan suami pun sama. Alhamdulillah sangat.
Jangan salah anggap. Bukan aku mengagungkan Shaklee, tapi kita perlu berusaha
untuk terus sihat. Kalau tak mampu nak ambil supplement, jagalah pemakanan
seperti yang badan kita perlukan. Orang kata jangan ikut sedap tekak je.
Cukuplah untuk perkongsian cerita hari ini.
0 comments