Open top menu
Monday, December 30, 2013

Assalamualaikum..



Tahukah anda apa perkembangan bayi yang berusia 0-1bulan? Ramai yang tidak perasan kerana pada waktu ini mereka masih terlalu kecil dan lebih suka tidur serta menyusu. Bayi dalam lingkungan ini akan mengalami kadar perkembangan dan tumbesaran dalam membentuk personaliti dengan cepat.

Walaupun belum banyak keistimewaan, mereka tetap mempunyai kemahiran tertentu. Bayi baru lahir masih sukar untuk berkomunikasi dan sedang belajar untuk meniru perbuatan yang dilihat di sekeliling mereka.

Fizikal
~ bayi mula belajar dengan begitu pantas tentang keadaan sekelilingnya sama ada secara semulajadi, tindak balas persekitaran mahupun sesuatu yang menarik minatnya.
Pendengaran
~ pada jarak tertentu, bayi mampu mendengar suara dan bunyi di sekeliling dengan baik.
~ boleh mengenal suara ibu.

Penglihatan
~ pada awal kelahiran, bayi hanya mampu melihat sesuatu pada jarak yang terhad iaitu 20-25cm dan memerhati dengan penuh minat.
~ dia juga boleh tersenyum jika melihat ibu senyum padanya.

Pertuturan
~ bayi akan membuat bunyi pelik setiap kali berkomunikasi.
~ tidak lama lagi dia akan mula mengikut bunyi yang anda hasilkan jika wajah sentiasa pada jarak 20-25cm ketika bercakap dengannya.

Social
~ aktiviti bermain bersama bayi akan membuatkan mereka berasa disayangi.
~ jika bayi menunjukkan tanda ingin didakap, panggil namanya sementara tiba ke tempatnya. Ini menunjukkan anda memahaminya.

So, enjoy the moment.
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com