Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih di beri
kesempatan untuk update blog. Hari ini nak share tentang tumbesaran dan perkembangan
kanak-kanak. Just share dari buku yang aku pernah baca.
Apakah tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak?
❥ Pertumbuhan
~ Perubahan yang boleh kita lihat dengan jelas terutama perubahan
fizikal.
~ Boleh di ukur dari masa ke semasa.
~ Perubahan ini disebut perubahan KUANTITI. Contohnya berat badan,
ketiggian, saiz badan dan bilangan gigi.
❥ Perkembangan
~ Perubahan yang tidak boleh di ukur secara kuantiti tetapi jelas
berlaku dan boleh dilihat dalam satu tepoh yang panjang.
~ Perubahan ini disebut perubahan secara KUALITI. Contohnya bertutur,
memahami benda konkrit atau abstrak, beriknteraksi dengan orang lain dan
meluahkan perasaan kepada orang lain serta keadaan sekeliling.
Perkembangan terbahagi kepada 4 bahagian :-
✹ Perkembangan fizikal
~ Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz, kebolehan
mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.
✹ Perkembangan bahasa
~ Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi kepada penerimaan,
kefahaman, dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak alas terhadap ransangan.
✹ Perkembangan kognitif
~ Keupayaan akal fikiran kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dan
menyelesaikan masalah.
✹ Perkembangan sosio-emosi
~ Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan
perasaan.
So, sekarang dah faham kan apakah tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak?
Ini basic je. Tapi kadang kita tak sedar semua ni berlaku pada anak kita. Terutama
pada ibu bapa yang sibuk mencari rezeki.
Semoga kita menjadi ibubapa yang terbaik.
.png)
By
12/29/2013 03:00:00 PM

0 comments