Open top menu
Friday, January 17, 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu lagi di hari Jumaat. Kali ni na share makanan untuk tambah berat badan. Ye. Memang ramai di kalangan kita yang sibuk nak kurus. Tapi ada juga yang sibuk nak tambah berat badan. Same to me satu ketika dulu.

Berikut adalah antara makanan yang dapat menambahkan lagi berat badan bagi mereka yang berkenaan.

Roti
Menambah berat badan bisa dilakukan dengan cara mengambil roti setiap hari. Namun jangan sembarangan memilih roti. Sebaiknya pilih yang berbahan gandum demi tubuh berisi sekaligus menyihatkan.

Sereal
Sereal hampir sama seperti roti, sebaiknya nikmati sereal berbahan gandum yang bergizi tinggi.

Sayur dan buah
Kedua jenis makanan tersebut adalah nutrisi dalam setiap jenis diet samada untuk menurunkan atau meningkatkan berat badan. Dengan mengambil sayur dan buah, metabolisme semakin lancar dalam mengolah nutrisi dalam tubuh.

Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi asam amino dan vitamin yang membantu tubuh bekerja dengan lebih baik. Selain minyak zaitun, biji-bijian dan kekacang juga disarankan untuk di ambil jika ingin meningkatkan berat badan.

Daging
Daging dan lemak sihat adalah kedua jenis makanan penting untuk menambah berat badan bagi si kurus. Jangan lupa imbangi sayur dan buah jika terlalu banyak menikmati daging.

Gandum dan Ubi
Gandum kaya dengan vitamin B3, vitamin B1, zat besi, serat, dan vitamin E. Sereal gandum juga bagus untuk diet anda. Ubi kaya dengan vitamin. Dalam ubi terkandung vitamin A, B, C, dan E. Selain itu, ubi juga rendah kalori, khususnya jika dipanggang atau dimasak tanpa gula.

Bayam dan Brokoli
Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya dengan zat besi, magnesium, serta vitamin A dan vitamin C. Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium, serta vitamin A dan C. Untuk mendapatkan hasil terbaik jangan masak terlalu lama dan hindari memakai sos serta keju berlebihan.

Buah Epal
Epal merupakan contoh serat yang mudah dicerna untuk memerangi kolesterol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C dan mengandungi quecertin, plavanoid yang boleh mencegah penyakit kanser. Untuk dapatkan hasil maksimal, makan epal beserta kulitnya setelah dibersihkan. 


Blueberry
Blueberry kaya serat, vitamin C, dan antioksidan. Jenis buah berry lainnya juga menjadi pilihan yang bagus. Dimakan saat masih segar atau ditambahkan dalam yogurt, sereal, dan salad. Khasiat berry tetap bagus untuk kesihatan.

Kacang almond
Kacang almond kaya serat dan protein juga bagus untuk sumber zat besi, magnesium, dan vitamin E. Pengambilan kacang almond mentah atau sudah diolah untuk mendapatkan hasil terbaik. Hindari kacang almond yang sudah dicampur dengan banyak garam atau diolah dalam bentuk makanan manis.

Kacang merah
Kacang merah memiliki kandungan serat, protein, zat besi, fosfor, magnesium tinggi, dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang merah dalam salad atau sup.

Ikan Salmon
Sebahagian besar jenis ikan dan seafood merupakan pilihan sihat, tapi salmon adalah ikan yang paling bagus dengan kandungan protein serta asid amino dan omega 3 yang tinggi. Selain itu, salmon juga rendah kolestrol.

Jadi pada mereka yang ingin menambah berat badan, boleh amalkan pemakanan seperti di atas.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com