Open top menu
Thursday, January 9, 2014

Assalamualaikum..

Mainan dan kanak-kanak memang tidak asing lagi dan tidak dapat dipisahkan. Kanak-kanak sudah tentu berasa seronok apabila diberikan mainan. Tetapi tahukah anda tidak semua mainan selamat?


Kadang kala permainan kanak-kanak boleh mencederakan mereka. Jadi, ibubapa perlu memilih mainan yang sesuai.

Tip memilih mainan kanak-kanak 

1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.
2. Elak membeli permainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.
7. Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.
Namun pemilihan permainan mengikut umur turut di cadangkan.

USIA 0-3 Bulan
~ Ibu bapa disarankan memilih permainan yang berwarna, cerah, rata dan bermotor untuk anak mereka yang berusia 0-3 bulan, kerana seawal usia ini penglihatan masih belum jelas.

~ Dengan pemilihan yang tepat seperti warna yang cerah akan meransangkan penglihatan serta mampu membantu melihat permainan tersebut dengan jelas.

USIA 6 Bulan
~ Pilih permainan untuk merangsang pertumbuhan gigi kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memilih mainan dengan butang yang boleh ditekan atau bertekstur untuk merangsang kemampuan motoriknya. Pada usia ini, anak-anak mulai suka mandi, ibu bapa boleh memberikannya permainan yang mudah terapung bagi menemani aktiviti mandi tersebut.

USIA 7~9 Bulan
~ Apabila anak telah memasuki usia 7-9 bulan, selaku ibu bapa perlu memilih permainan yang tepat seperti permainan jenis bergolek supaya anak-anak dapat mempercepatkan lagi rangsangan otak. Pada usia ini permainan jenis bergolek ini mampu juga merangsang interaksi serta komunikasi.

USIA 1 Tahun
~ Pada usia ini ibu bapa boleh memilihkan permainan luaran (outdoor), seperti kuda tunggang atau kolam renang mini. Permainan yang merangsang koordinasi mata tangan seperti organ kecil atau menara susun menjadi alternatif.

USIA 2 Tahun
~ Pada usia ini, buku dan juga permainan puzzle adalah permainan yang paling tepat untuk dipilih. Pastikan permainan puzzle yang dipilih berunsurkan pelajaran dan setiap puzzle semestinya melebihi 10-20 keping. Puzzle adalah satu permainan yang memberikan rangsangan kepada mata, tangan dan imaginasi. Selain puzzle, permainan seperti bowling, traktor mini, dan Barbie mampu juga meransang otak supaya berimaginasi.

USIA 3 Tahun
~ Bagi kanak-kanak yang telahpun memasuki usia ini, permainan yang berbentuk conteng-conteng menggunakan pensil warna adalah pilihan yang terbaik kerana kanak-kanak dalam lingkungan usia ini amat kreatif. Ibu bapa disarankan memantau anak-anak yang sedang melakukan aktiviti ini supaya kecerderaan akibat tercucuk pensil tidak berlaku.


Walau berapa pun umur mereka, pemantauan ibubapa ketika mereka bermain amat diperlukan. Pastikan ibubapa sentiasa berada di sisi. Selain memastikan keselamatan mereka, mereka juga akan rasa lebih di hargai dan di sayangi.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com