Open top menu
Sunday, February 2, 2014

Assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa nak share tentang penjagaan gigi anak. Tentang ni sebenarnya aku pernah share dekat blog biasa aku. Tapi time ni baru nak try je. Harini aku akan huraikan serba sedikit dan share pengalaman aku.

Aku mula memberus gigi anakku Umar agak lambat. Kiranya nak ajar dia kenal tentang penjagaan gigi ni memang lambat sebab aku terlupa. Sepatutnya bermula dari awal gigi dia tumbuh. Umar tumbuh gigi agak awal. 7bulan lebih kurang dah tumbuh 2batang gigi bawah. 8bulan dah ada 4batang gigi bawah. Masa 8bulan ni la aku baru nak ajar tentang pembersihan gigi.

Benda yang memang dah aim lama adalah dua benda ni.

Oral Care Rabbit


Massaging Brush


Untuk pertama kalinya aku bersihkan gigi dia guna Oral Care Rabbit. Jenis kain yg lembut dan senang nak letak kat jari. Tapi percubaan pertama aku GAGAL sebab aku tak buat research macam mana nak apply benda ni dengan cara yang menarik.
So, bila dah buat research. Aku jumpa tentang pemberusan gigi anak, bila dan bagaimana?

*tak ingat ambil dari web mana*

“ Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?

Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak


Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.
Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.

Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi

Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka. “

Aku ringkaskan pengalaman aku dan cara aku buat. Memang agak susah nak kenalkan semua ni. Aku hanya bermula dengan Oral Care Rabbit sebab jenis kain. Kalau takda, boleh gunakan towel biasa. Cuma agak sukar la nak pegang. Bila gigi dah bertambah, boleh beli berus gigi untuk baby yang ada tulis 0-12bulan atau step 1. Massaging brush aku lebih suka bagi dia main je masa awal-awal tumbuh gigi. Bagi dia biasa sesuatu seperti berus kena kat gusi dia.

Untuk Umar, aku suka beli jenis ni. Brand Jordan. Lembut, kecil dan mudah dipegang. Jangan lupa beli extra ye untuk letak di rumah pengasuh pada siapa yang bekerja tu.


Cara yang aku buat adalah selalu gosok gigi depan dia. Kalau Umar memang dia pandang je aku berus gigi. Kalau susah nak berus gigi dia, aku akan tunjuk dan cakap “Umar, tengok ni mama gosok gigi”. Mulanya memang agak susah sampai kita kena paksa dia bukak mulut. Tapi sebagai ibubapa, kita tak boleh la nak putus asa. Keep trying again. Nanti lama-lama anak akan terbiasa. Sekarang, memang dah senang nak gosok gigi Umar. Bila mandi je, dia akan kata “gigi, gigi, gigi”. So, memang paham la dia nak berus gigi dia. Umar dah 20bulan dan gigi dah hamper penuh. Memang dah agak mudah nak bersihkan. Tapi lepas berus guna berus gigi, aku masih bersihkan guna tangan atau kain. Takut ada yang tak bersih.

Mudah sebenarnya nak ajar anak ni Cuma perlu bersabar dan terus berusaha. Kene kreatif sikit untuk attract anak. Tiap anak ada minat berbeza, hanya ibubapa je yang lebih tahu.


Semoga kita Berjaya mendidik anak sebaik mungkin. Goodluck!!!
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com