Open top menu
Wednesday, December 18, 2013

Assalamualaikum..

Mesti ramai yg tak selesa bila badan berangin je kan..nak sendawa tak boleh..nak kentut pun tak boleh..bertambah tak selesa bila angina menyerang kat perut..

~ Antara Punca Badan Masuk Angin :-

Gas atau angin tu datang dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari dua sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita..

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana.. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur.. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar..

~ Tanda-tanda angin banyak dalam badan:-

§  Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
§  Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
§  Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
§  Selalu menguap/mudah mengantuk.
§  Sukar bernafas/nafas pendek.
§  Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
§  Kulit kering.
§  ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
§  Perut berangin.
§  Sakit kepala/migraine.
§  Perasaan mudah marah.
§  Hilang selera makan.
§  Hilang/kurang nafsu seks
§  Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.


~ Antara makanan yang berangin adalah:-

Sayuran yang menjalar seperti kacang panjang, kacang botol, kacang sepat, kacang tanah, kobis, brokoli, timun, lobak, kentang, snegkuang dan banyak lagi.
Makanan yang bersusu seperti susu, keju dan juga aiskrim.
Buah-buahan yang menjalar seperti tembikai merah, kuning dan tembikai susu.
Buah-buahan yang tidak menjalar seperti pisang(bergantung pada jenis pisang, bukan semua pisang berangin), sukun, nangka.
Minuman berkarbonat.
Makanan yang berlemak iaitu makanan yang bergoreng, lemak daging, sos kirm, sos tartar

~ Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan :-

1. Pecahkan halia muda atau tua
2. Masukkan ke dalam gelas
3. Tuangkan air panas ke dalam gelas tersebut
4. Biarkan sebentar dan terus minum

atau

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas
4. Minum ramuan ini sebulan sekali
Tapi sekarang dah moden..tak perlu dah nak ikut petua lama ni..Peppermint Ginger Plus kana ada..senang je..

Tapi sekarang lebih mudah. Tak perlu lagi nak guna cara tradisional ni. Ambil je Peppermint Ginger Plus Shaklee. Mudah, selamat dan menyamankan.


~ Siapa yg memerlukan Peppermint Ginger Plus ni :-

Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
Mereka yang sering mengalami kembung perut
Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

~ Antara manfaat Peppermint Ginger adalah :-
 Pudina
1. Melegakan otot perut yang mempunyai kesan penenang.
2. Membantu dalam penghadaman, melegakan gastric, pedih ulu hati dan cirit birit.
3. Pengambilan pudina boleh menyebabkan peluh dan ini sangat baik untuk menyekat demam apabila dijangkiti selesema.
 Halia
1. Bertindak meransang rembesan enzin Salvia untuk percernaan makanan.
2. Bertindak melegakan ketidakselesaan perut dan usus, rase mual ketika awal kehamilan 
 Pokok Andas (fennal)
Bertindak untuk melegakan sakit perut, gejala flu serta masalah alergi pada saluran usus.
 Cekur Manis (Anise)
Meransang rembesan jus gastric untuk percernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit serta memberi peredaran tenaga dalam badan.

~ Peppermint ginger plus ini dapat membantu dalam :-

melegakan senak perut
membantu penghadaman
mabuk laut/darat
melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik
melegakan sakit period
melegakan mual atau loya angin ketika mengandung
membuang angin dalam badan
menyamankan perut


testimoni :-


Senang dan mudah..boleh di larutkan bersama teh panas..yg best sebab ada pudina..bile makan/minum akan rasa sejuk je kat mulut..

berminat???
Boleh pm fb Honey Neeza atau page My little One Shop..

Nak lebih mudah dan cepat..sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com