Assalamualaikum..
Gemuk.
Tahu tak gemuk ni ada jenis-jenisnya. Sebab tu ada yang mudah nak kurus. Ada lak
tu memang susah betul nak kurus walaupun diet gila-gila.
Jom
ketahui apakah jenis gemuk.
Jenis-jenis gemuk :
Gemuk Air ( ni paling mudah nak turun berat bila
berdiet )
· Badan menggeleber dan lembik kerana air yang tak
diperlukan (toksin) berlebihan
· Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti
harian
· Bahu agak jatuh apabila berdiri
· Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan
terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air
kerana pengumpulan air dalam tubuh
· Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan
anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru melahirkan anak.
Gemuk Angin ( Pertengahan. Tidak mudah dan tidak susah untuk turun berat bila berdiet )
· Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh
menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
· Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu
perut
Gemuk Daging (memerlukan diet yang konsisten untuk menurunkan berat badan)
· Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang
makan sayur/buah-buahan
· Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat
tinggi
· Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah
nak cubit lengan kerana tebal)
· Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah
yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di
dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
· Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil
bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan lemak yang ada mengambil masa yang agak
lama untuk dibuang
Anda tergolong pada gemuk yang mana? Hanya anda yang tahu
jawapannya. Pada yang gemuk daging tu hopefully konsisten la ye berdiet untuk
turunkan berat. Ye. Memang bukan mudah.
Goodluck!!!
0 comments