Open top menu
Monday, January 20, 2014

Assalamualaikum..

Harini nak share sedikit info hasil dari pembacaan buku-buku semasa hamil. Sedia maklum,ibu mengandung sering sahaja mengalami beberapa masalah. Ini terjadi kerana berlakunya perubahan hormon dan juga perubahan bentuk badan seiringan dengan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Beberapa masalah yang di hadapi ketika mengandung. Antaranya :-


Sakit pinggang
~ gaya atau posisi tubuh badan yang tidak baik lalu membuatkan ligament menjadi tegang. Bahu dan otot-otot abdomen yang tegang dan lemah berkemungkinan menyebabkan berlakunya sakit belakang.

Sembelit
~ antara punca sembelit adalah disebabkan hormon yang melembutkan otot usus kurang cekap bekerja, pengambilan serat yang sedikit, pengambilan beberapa jenis pil zat besi dan rahin yang membesar menekan usus besar.

Kekejangan
~ berpunca dari peredaran darah yang kurang baik. Kekurangan kalsium atau terlalu banyak fosforus juga boleh menyebabkan kejang betis dan kaki. Ia bermula pada pertengahan tempoh kehamilan dan akan hilang pada bulan terakhir.

Pening dan pitam
~ berdiri terlalu lama, bilik yang panas, kekurangan udara, kurang darah dan juga tekanan darah rendah antara puncanya. Ianya boleh menyebabkan pening kepala dan boleh membawa kepada pitam.

Buasir
~ gumpalan yang menyakitkan kadangkala terjulur keluar melalui dubur sebenarnya adalah saluran darah yang tersimpul. Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit birit tetapi biasanya akan hilang selepas melahirkan.

Pedih hulu hati
~ hormon melembutkan pencerut yang menutup perut membenarkan makanan separa hadam kembali ke gullet di mana asid perut menyebabkan kesakitan. Ketika ini berlaku, kesakitannya seperti menitiskan air limau ke atas luka. Tambahan pula apabila usia kehamilan meningkat, kedudukan dan saiz bayi turut menambahkan lagi tekanan.

Urat simpul
Bayi yang semakin membesar menambah lagi tekanan ke atas vena di kaki dan juga faraj. Urat simpul (vena varikos) cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan. Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan kebiruan merupakan tanda gejala ini berlaku.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com