Assalamualaikum..
Bayi yang berumur 2-3bulan akan mula mahu berhubung dengan
orang di sekelilingnya. Dia juga mampu mengawal sebahagian daripada
pergerakannya.
Pada bulan ini, bayi sudah boleh member tumpuan pada sesuatu
objek walaupun terletak pada jarak yang agak jauh. Keadaan fizikal juga semakin
kuat dan semakin banyak kemahiran yang dipelajari.
Minda
~ bayi gemar melihat tangan dan jari jemarinya sendiri ketika
dia menggerakkannya di depan muka. Ini berlaku kerana rasa teruja dengan tubuh
badannya dan mula belajar memahami bahawa dia boleh melakukannya.
Social
~ bayi sedang belajar untuk menjadi lebih mesra. Ia hasil
daripada tindakan anda yang sering melayannya dengan penuh kasih saying,
menunjukkan minat pada setiap perkara yang dilakukannya. Dia akan sentiasa
tersenyum, menggerakkan badan dan menendang untuk menunjukkan kemesraannya.
Untuk meningkatkan kemahiran sosialnya, libatkan diri dalam
setiap aktiviti yang dilakukan bayi terutama ketika mereka bermain. Tunjukkan pada
bayi bahawa anda faham setiap kehendak dan keperluannya. Situasi ini amat
menyeronokkan tetapi jangan sampai terlalu memaksa bayi untuk melakukan sesuatu
ketika dia kelihatan letih.
Penglihatan
~ seorang bayi yang baru lahir mempunyai dua instrument yang
sangat penting iaitu panca indera dan jiwa. Deria penglihatan adalah terkandung
dalam instrument panca indera. Kepekaan retina mencapai keseimbangan setelah
menjelang akhir tahun pertama umur bayi. Jangan letakkan bayi terlalu hampir dengan
cahaya yang terlalu terang dan jangan kerap meletakkan bayi di tempat yang
terlalu gelap kerana perkara ini akan melambatkan kepekaan retina bayi.
0 comments