Assalamualaikum..
Masalah HB
rendah sering menghantui ibu-ibu mengandung. Tapi sedarkah kita HB rendah bukan
sahaja menyerang mereka yang mengandung, ada juga pada mereka yang tidak
mengandung, belum berkahwin, golongan remaja dan juga lelaki.
Anemia (HB rendah ) perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang membawa
pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC)
dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu,
dan mengakibatkan hipoksia. Oleh sebab semua sel manusia
bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang
berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang
membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan
pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia
yang utama termasuk:
1.
kehilangan darah akut (mendadak) yang keterlaluan (genting seperti
dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau
kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama)
2.
pemusnahan sel darah yang keterlaluan (hemolisis)
3.
pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk
kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat
berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui
berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah,
mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh
dikesan, antara lain.
Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu
pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran,
pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, serta pendekatan
"morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah.
Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah
didapati (min isi padu korpuskel,
MCV) sebagai titik permulaannya.
Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada
peringkat awal membenarkan seseorang doktor untuk
mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih
cepat.
APA
KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut
jangkamasa kandungan.
1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada
masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2
seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika
jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk
tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki
& tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan
melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi
kurang pandai.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika
ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika
Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi
boleh mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat
bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada
kepekatan darah (Hb). Jika Hb
terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi
mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain
dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Kesan kepada ibu
Jika Hb kurang, ibu akan cepat
berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam,
jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau
semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh
membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.
CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS
HEMOGLOBIN DLM DARAH?
-
Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
-
Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
-
Daging ayam: bahagian dada
-
Kerang: 20 biji
-
Ikan bilis
Biasanya kalau check up di KKIA, ibu-ibu akan dapat vitamin
yang KKIA biasa bagi tu. Tapi ramai yang abaikan sebab tak boleh telan. Ada gak
yang lepas makan akan muntah balik. Aku dulu pun tak lalu nak makan sebab bau
dia sangat hebat. Dapat je simpan. Sorok daripada husband.
Di Shaklee, kami ada VITA LEA yang boleh
bantu naikkan hb ni. Agak besar tapi tak berbau dan sangat best.
Manfaat utama Vita-Lea
~ Penambahan tenaga
SEGERA - pemberi tenaga,kecergasan tubuh dan kekuatan
mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran
mahupun kerja-kerja seharian.
~ Pelengkap nutrisi -
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak
seimbang,terutama pada mereka yang vegetarian dan anemia.
~ Keupayaan sistem
reproduktif - penting bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang
membesar.
~ Metabolisme -
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
~ Elemen Penting pada
sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup,
pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot,
kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
~ Melindungi organ -
melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati.
Antara fungsi lain Vita-Lea
~ Mengimbangi
segala bahan kimia di dalam badan sebagai insuran bagi menampung kepada
pemakanan yang kurang dalam diet seharian.
~ Membantu pengambilan makanan di
dalam badan kita supaya lebih berfungsi ( mengoptimumkan fungsi nutrien dari
diet harian kita).
~ Membantu meningkatkan kesegaran
otak dan pertahanan terhadap jangkitan penyakit.
~ Membantu kesihatan secara am.
Untuk detail, boleh baca di entri ini untuk tahu lebih
lanjut berkenaan VITA LEA Shaklee.
Kesimpulannya, jangan abaikan masalah hb rendah ni. Lagi-lagi
la masa pregnant.
Berminat???
✆ Nak lebih mudah --> sms/call/whatsapp/line/we chat
: 0137149109
Cash on
delivery (COD) : Segamat, Labis, Chaah, Yong Peng, Bukit Gambir, Tangkak,
Pagoh
0 comments