Open top menu
Monday, February 17, 2014

Assalamualaikum..

Perubahan besar berlaku pada bayi ketika bayi berusia 3-4bulan. Hubungan bayi dengan alam sekeliling semakin ketara. Dia suka akan sesuatu yang melucukan dan mula belajar untuk ketawa.


Ketika usia ini, bayi sudah mula mengenal wajah dan tempat biasa yang dilihatnya. Dia juga boleh mengawal sepenuhnya pergerakan kaki dan tangan. Ini bermakna kaki dan tangannya boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang dikehendaki olehnya.

Ketika duduk, badannya tidak lagi membongkok dan mampu mengawal pergerakan kepala. Bagaimanapun, dia masih memerlukan sokongan daripada anda sama ada dengan meletakkan bantal dibelakangnya.

Minda

Bayi semakin berkebolehan dan boleh mengenal anda walaupun dengan sekeping gambar. Otaknya mula berkembang pesat dan ia dapat dilihat melalui sikap ingin tahu yang tinggi. Dengan yakin dia akan meninjau keadaan keliling jika dia diletakkan di dalam bilik yang asing baginya.

Pertuturan                    

Dia sedang mengungkap perasaan dengan bersuara. Rangkaian bunyi ‘rrr’ akan dihasilkan dari tekak pada akhir tiga bulan pertama, ‘r’ akan dihasilkan berturutan. Ada kalanya kedengaran seperti bunyi berkumur. Dia juga turut mengeluarkan bunyi tekak seperti ‘e-khe’, ‘ek-khe’, ‘e-rhe’ terutamanya sewaktu dia baring dan sewaktu dia sedang riang.

Social


Bayi pada usia ini tidak lagi berasa malu-malu. Dia sudah mula kenal semua ahli keluarganya dan kenal haiwan peliharaan yang ada di rumahnya. Walau begitu, dia tidak suka bersendirian dan akan menangis jika tidak mendapat perhatian dari anda.
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com