Assalamualaikum..
Apakah perkembangan bayi yang berusia 4-5bulan pertama
kelahirannya? Adakah anda peka terhadap perkembangan anak anda?
Ketika usia ini, bayi anda semakin bijak bermain dengan emosi.
Personality dirinya semakin ketara dan tahu akan cara mengekspirasikan
perasaannya. Seusia ini, amat sesuai jika anda perbanyakkan aktiviti permainan
yang boleh merangsang kemahirannya.
Keinginan untuk belajar, meniru, member tumpuan penuh dan
mengawal pergerakan tangan antara personality bayi ketika usia ini. Walaupun bayi
masih belum boleh berkata ‘tidak’ tetapi tindakan yang dibuat sudah cukup
membuktikan bahawa bayi tidak suka akan sesuatu.
Emosi bayi ketika ini semakin pelbagai. Mereka akan merasa takut,
marah, kecewa, sedih dan meluat akan ditunjukkan untuk anda menunjukkan rasa
simpati terhadapnya. Seusia ini jugalah anda akan perasan bayi pandai mula
mencebikkan bibirnya.
Cuba letakkan cermin di hadapannya dan lihat reaksi bayi
melihat objek yang terbias walaupun sebenarnya adalah dirinya sendiri.
PENDENGARAN
Bayi amat peka terhadap bunyi yang kuat. Dia akan berhenti
melakukan sesuatu dan memandang ke arah anda untuk memastikan anda tidak
memarahinya. Walaupun tidak faham maksud ‘tidak’ tetapi sudah boleh membezakan
melalui nada suara.
SOSIAL
Bayi semakin bijak bersosial. Dia akan menolak anda jika
berasa tidak gembira atau tidak mahu perhatian daripada anda. Dia juga akan
memalingkan kepala jika tidak mahukan sesuatu. Manakala menangis adalah senjata
paling berkesan untuk menunjukkan reaksinya.
Jom perhatikan perkembangan bayi anda ketika usia ini kerana
ianya akan lebih menarik.
0 comments