Open top menu
Wednesday, February 26, 2014

Assalamualaikum..

Masalah keputihan memang sinonim dengan wanita. Cuma kritikal atau tidak sahaja. Sesetengah masalah keputihan boleh memudaratkan. Keputihan berlaku disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj yang seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita.


Keputihan atau fluor albus merupakan sekresi vaginal pada wanita. Keputihan pada dasarnya dapat digolongkan kepada dua bahagian iaitu keputihan normal (fisiologis) dan keputihan abnormal (patologis). Keputihan fisiologia adalah keputihan yang biasanya terjadi pada setiap bulan. Biasanya muncul menjelang ketika datang bulan atau sesudah datang bulan ataupun ketika waktu subur. Keputihan patologis dapat disebabkan oleh infeksi disertai dengan rasa gatal di dalam vagina dan sekitar bibir vagina bahagian luar. Yang sering menimbulkan keputihan ini antara lain adalah bakteria, virus dan juga parasit. Infeksi ini dapat merebak dan menimbulkan karadangan ke salur kencing sehingga menimbulkan rasa pedih ketika membuang air kecil.

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar ketika keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.
Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.
Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.   

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1. Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Penyebab keputihan secara umum adalah:
·         Ketidakseimbangan hormon
·         Gejala penyakit tertentu
·         Rosaknya keseimbangan biologis dan ph lingkungan vagina.
·         Sering menggunkan tisu selepas buang air kecil mahupun air besar
·         Memakai pakaian dalam yang ketat dari bahan sintetis
·         Tidak mengganti panty liner
·         Membilas vagina dari arah yang salah. Iaitu dari arah anus ke arah depan vagina
·         Sering bertukar seluar dalam dengan orang lain
·         Kurang menjaga kebersihan vagina
·         Kelelahan yang teruk
·         Stress
·         Tidak segera mengganti tuala wanita ketika haid
·         Memakai sebarang sabun untuk membasuh vagina
·         Tidak mejalani pola hidup sehat (makan tidak teratur, tidak pernah berolahraga ).
·         Sering mandi berendam dengan air hangat dan panas.
·         Sering berganti pasangan dalam berhubungan sex
·         Kadar gula darah tinggi
·         Sering menggaru vagina

Apakah Shaklee ada untuk selesaikan masalah ini?
Jawapan : Alfalfa


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:-

 Vitamin A 
– untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

 Vitamin E 
– melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

 Vitamin U 
– menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

 Vitamin B6
– membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

 Vitamin K
– penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

 Vitamin D
– mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:-

 Kalsium 
– membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

 Zat Besi 
– diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

 Kalium
– perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

 Fosforus
– diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D.
– Meningkatkan peranan tisu saraf.

 Klorin (klorida)
– elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

 Sodium
– mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

 Silikon Magnesium
– membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Yang paling best, Alfalfa Shaklee di gelar ‘kacip fatimah’. Bukan sahaja baik untuk dalaman wanita tetapi membantu merapatkan vagina.

Testimoni :




Berminat???

 Boleh pm fb honey neeza atau fan page My little One Shop

 Nak lebih mudah à sms/call/whatsapp/line/we chat : 0137149109


Cash on delivery (COD) : Segamat, Labis, Chaah, Yong Peng, Bukit Gambir, Tangkak, Pagoh
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com