Open top menu
Thursday, February 27, 2014

Assalamualaikum..

Anak terlalu manja? Adakah ianya menyukarkan? Bagaimana cara mengatasi? Kali ni saya ingin kupas tentang cabaran untuk berhadapan dengan anak yang terlalu manja.

Adakalanya kita perlu bertolak ansur dan adakalanya kita perlu tegas dan disiplin. Semua ini perlu kena pada tempatnya dan seimbang. Demokrasi boleh melahirkan sikap yang disiplin. Terlebih dahulu, kita perlu tahu beberapa pendekatan dalam berinteraksi dengan anak-anak. Ada yang menggunakan pendekatan memanjakan, memaksa, dan berdialog.


Pendekatan memanjakan

Ini adalah pendekatan yang membenarkan semua perkara. Atas nama kebebasan, anak bebas melakukan apa sahaja. Segalanya diserahkan kepada anak sendiri untuk membuat keputusan tanpa pandangan daripada ibubapa.

Pendekatan memaksa

Pendekatan memaksa ini pula menyebabkan anak tiada ruang untuk memberikan pendapat. Pendekatan seperti ini membuatkan anak-anak lari menyembunyikan diri saat mendengar bunyi enjin kereta ibu atau bapa yang pulang. Apa yang menjadi kebimbangan adalah pendekatan ini cenderung membuat anak menjadi takut dan bukannya sedar. Akhirnya anak disiplin tetapi secara palsu.

Pendekatan berdialog

Anak sudah tentu tahu apa akan berlaku jika mereka melakukan sesuatu perkara dan sebaliknya terutama sesuatu yang salah. Aspek ‘mengapa’ menjadi amat penting. Syarat utama adalah memenuhi keperlua diri dengan wawasan dan kebesaran jiwa ketika berdialog dengan anak. Ini adalah sebahagian ‘latihan menjadi kawan’ seperti yang kita harapkan.


Jadi, sebagai ibubapa kita perlu pilih dan selidik pendekatan mana yang perlu kita buat dalam membesarkan anak. Semoga kita dapat membesarkan anak dalam keadaan yang tenang dan bahagia.
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com