Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberi ujian untuk merasa sakit. Aku baru
je baik dari demam. Alhamdulillah demam kali ni tak ambil sebarang ubat
walaupun hanya sebiji paracetamol. Hanya mengambil Nutriferon, Vita C Plus dan juga OmegaGuard Shaklee sahaja. Dan masa untuk pulih rasanya
lebih cepat berbanding dengan pengambilan ubat.
Aku kongsi serba sedikit apa yang aku rasa dengan pengambilan
Shaklee berbanding dengan pengalaman lepas pulih dengan ubat. Maaf jika terasa
menjijikkan.
Ahad pagi memang dah rasa semacam je badan. So, pergi kerja
bawa la bekal Nutriferon 1sachet. Mengharapkan tak jadi demam macam selalu
walaupun dah tahu demam kali ni agak berat. Pagi selepas sarapan, terus telan
Nutriferon. Alhamdulillah bertahan agak lama. Masih aktif bekerja sehingga
petang.
Sampai rumah je kepala dah pening. Lepas dinner ambil lagi
1sachet Nutriferon. Tambah lagi dengan Vita C Plus dan OmegaGuard sebab dah
mula selesema dan tekak terasa perit disebabkan kehadiran lendir antara
kerongkong.
Lendir antara kerongkong dah mula banyak dan terasa mencucuk. Nak
tidur pun agak susah. Inilah beza bila kita tak makan ubat. Kita tak akan rasa
mengantuk, jadinya agak susah la nak tidur kerana tiada kesan ubat.
Pukul 3.30 pagi terbangun sebab terasa lendir antara
kerongkong sangat banyak, cair dan terasa mencucuk-cucuk. Yang bestnya, lendir
mudah je nak keluarkan dan buang. Ni la penangan OmegaGuard. Sebelum ni memang
akan terasa sukar untuk telan atau keluarkan lendir tu sebab terasa ianya
likat. Inilah antara fungsi OmegaGuard dalam Set Asma. Lepas dapat buang lendir
tu memang terasa agak lega. Cuma hidung masih tersumbat.
Isnin pagi aku terpaksa mc sebab kepala agak berat. Badan memang
dah tak panas. Selesema baru nak datang. So, pagi tu buat balik benda yang
sama. Nuturiferon 1sachet, 1biji Vita C Plus dan 1biji OmegaGuard. Rehatkan diri
tanpa rasa mengantuk. Masih boleh jaga anak dan update blog. Masih lagi boleh
order online. Walaupun kerja agak perlahan tapi masih berjalan seperti biasa.
Petang je badan dah terasa semakin sihat. Hidung dah tak
tersumbat malah mukus mudah di buang berbanding sebelum menggunakan Shaklee. Petang
tu jugak dah boleh ikut suami pergi beli lauk untuk stok seminggu. Alhamdulillah.
Sekarang tinggal selesema je tanpa batuk dan selesema juga
insyaAllah tidak lama.
Di sini aku sertakan sekali fungsi setiap supplement yang aku
ceritakan tadi.
Secara ringkanya :
Nutriferon
– Mengukuhkan sistem imun dalam
3 hari
~ Nutriferon adalah satu-satunya interferon
semulajadi di dunia. Kajian menunjukkan interferon mampu untuk merangsang dan
meningkatkan keseluruhan system imun badan dengan menghubungi pembunuh
semulajadi (T-sel, B-sel dan macrophage) dalam badan untuk bertindak.
Vita C
Plus – meningkatkan sistem imun
~ membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi
yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,
mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan pemulihan alergi pada hidung, kulit
dan asma, juga mengurangkan simptom selesema.
OmegaGuard
~ Mengurangkan sakit kepala
~ Meningkatkan sistem imun tubuh
~ baik
untuk melawan radang, dapat membantu mengurangkan gejala selesema, asma ataupun radang
paru-paru.
Alhamdulillah.
Lepas ni dah boleh ambil supplement Shaklee je bila demam.
Jom baca ni.
Berminat nak order mana-mana produk Shaklee???
✆ Nak lebih mudah à sms/call/whatsapp/line/we
chat : 0137149109
Cash on delivery (COD) : Segamat, Labis, Chaah, Yong Peng, Bukit Gambir, Tangkak,
Pagoh
0 comments