Open top menu
Wednesday, February 12, 2014


Entri lepas ada kongsi tentang makanan yang perlu elak semasa menyusukan bayikan. Kali ni nak kongsi tentang makanan yang boleh bantu banyakkan susu ibu.
Sedia maklum, bukan sahaja pengambilan supplement / milk booster mampu memperbanyakkan lagi susu ibu malah pengambilan makanan yang seimbang juga perlu di ambil seiring dengan supplement yang di ambil agar susu lebih berkualiti.


Antara makanan yang mampu membantu anda dalam menambah susu ibu adalah :

CekurManis

~ Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payudara ibu, dibasuh selepas kering.

Kacang Tanah

~ Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zatbesi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

Air Longan

~ Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

Halba dan Jintan Hitam

~ Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatussauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Bunga Melur

~ Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu, antara kegunaannya ialah untuk menambahkan susu ibu. Caranya, daun bunga melur dgiling hingga halus dan ditampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.

Lobak Putih

Lobak putih sangat bagus untuk susu ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ianya berupaya menambahkan lagi susu ibu. Walaupun bersifat sejuk, ianya mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik untuk tubuh ibu dan juga bayi.

Pucuk Betik

~ Air rebusan daun betik boleh melancarkan dan menambah susu ibu. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Ambil air rebusan tersebut dan di minum dua hingga tiga kali sehari.

Tuaman Daun Sirih

~ Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu ibu menjadi banyak.

Jantung Pisang

~ Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambah susu ibu.

Makanan Tinggi CLA

~ Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang di dedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 hingga 28 jam pengambilannya.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu , keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Kurma

~ Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsure yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Disertakan juga makanan lain yang mampu memperbanyakkan susu ibu.

Oat
Kacang buncis
Bayam
Sawi
Tauhu dan tempe
Susu
Keju
Alfalfa
Jambu dan betik
Ketam
Madu
Bawang putih
Daun rasberi merah
Milo, horlick, dan teh hijau jepun
Barli
Brokoli
Petola
Daun turi
Daun kucai
Roti
Kismis
Sengkuang cina
Air kelapa
Ikan tenggiri
Pegaga
Biskut bijirin

Zikir dan doa juga turut membantu.

Amalkan zikir “Ya Matin” 70 kali setiap hari. Waktu yang paling sesuai adalah pada waktu malam dan subuh.
Amalkan doa “Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.”
Baca selawat dan basmalah sebelum menyusukan bayi atau mengepam.
Baca surah al-baqarah ayat 60. Letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak dan supaya mampu keluarkan susu yang cukup pada anak hingga sekurang-kurangnya berumur 2tahun.

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa A.S memohon supaya diberi air untuk kaumnya maka Kami berfirman : “pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air, sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan kami berfirman) : “makanlah dan minumlah kamu rezeki Allah itu, dan janganlaj kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.


Sama-samalah kita berusaha dan berikhtiar bagi meneruskan penyusuan sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2tahun.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com