Open top menu
Sunday, February 9, 2014

Assalamualaikum..

Tergerak hati untuk berkongsi tentang sedikit tips ketika menyusukan bayi. Ramai sedia maklum ketika anda sedang dalam proses menyusukan bayi, banyak makanan yang perlu dihindarkan.


Antaranya adalah :

1. Memakan terlalu banyak buah-buahan citrus seperti lemon, limau, dan oren. Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitive terhadap buah citrus dalam susu ibu mungkin mudah mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal atau hadkan pengambilan buah-buah citrus.

2. Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu, ikan todak, kerang dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan system saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.

3. Memakan makanan yang diketahui mengalami alahan makanan. Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakitperut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan eczema atau pernafasan yang berbunyi.

4. Meminum alcohol, bukan saja dilarang dalam Islam tetapijuga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu.

5. Pengambilan kafein dalam minuman. Minuman berkafein seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu dan akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi. 

6. Coklat juga mengandungi kafein yang akan membuatkan bayikembungperut. Oleh itu, para ibu harus menghadkan pengambilan coklat ketika menyusu.

7. Pengambilan sesetengah sayur seperti kobis, kobis bunga, timun dan brokoli boleh menyebabkan bayi anda kembung perut.

8. Makanan pedas seperti kari, boleh menyebabkan bayi sakit perut, jadi makan dalam jumlah yang terhad. Perhatikan jika bayi anda mengalami sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, yang mungkin menunjukkan bahawa system penghadaman bayi anda yang sensitif tidak boleh menerima makanan ini.

9. Pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu dan trans-lemak sangat tidak bagus untuk bayi anda. Ini adalah kerana lemak tepu dan trans-lemak boleh mengurangkan pengeluaran Omega-3 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sempurna.

Jadi, pada ibu yang menyusukan bayi di luar sana, sama-samalah kita berjaga-jaga dengan pengambilan makanan dalam hidangan seharian kita. Ada antara makanan di atas juga seringkali ditegah mengambilnya oleh orang tua kita kerana dikhuatiri akan memberi kesan buruk pada bayi.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com