Open top menu
Saturday, February 8, 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu di sini. Kali ini nak berkongsi tentang cacar air atau lebih dikenali sebagai chikenpox. Kebetulan baru terbaca tentang ni di majalah dan buat la sedikit kajian sebelum taip entri ni.


Kajian yang telah dijalankan di Malaysia menunjukkan lebih daripada 51.6% penduduk Malaysia berumur 20 tahun tidak mempunyai imunisasi terhadap cacar air dan jumlah ini agak memeranjatkan kerana penyakit ini mudah meninggalkan kesan serta boleh membawa maut.

Biasanya virus ini menyerang kulit, selaput lendir mulut, kerongkong dan organ lain contohnya otak.

Apakah cacar air?
Cacar air atau nama lainnya chikenpox atau varsela ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan tompok merah seperti ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan. Ramai kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa muda dan selalunya ia merupakan penyakit ringan.

Sebaik saja bayi dijangkiti, simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari. Bayi akan mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering dan lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari. 

Apakah simptom-simptom cacar air?

Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan seperti :
~ demam
~ sakit kepala
~ mual
~ sakit-sakit badan
~ kurang selera

Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Perhatikan di muka bayi. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik yang jarang. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.

Rawatan

Cacar air adalah virus, jadi tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi dengan beberapa rawatan rumah: 

~ Jika bayi berusia 3bulan atau lebih, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan sebarang sakit-sakit badan.
~ Beri bayi anda minum air dengan lebih kerap untuk mengelakkan dari menjadi nyahhidrat.
~ Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losyen. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan kegatalan.
~ Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.
~ Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan rasa kurang gatal.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com