Open top menu
Friday, February 21, 2014

Assalamualaikum..

Anak suka makan makanan ringan? Apa kata gantikan dengan snek yang lebih berkhasiat. Pilih snek sihat yang berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak.


Antara snek yang sihat dan berwarna-warni adalah potongan buah-buahan seperti tembikai, oren, pisang, belimbing, anggur, dan mangga. Potongkan dalam bentuk yang menarik dan di susun secara kreatif. Boleh gunakan penerap biskut raya untuk membentuk buah-buahan tersebut.

Selain itu, ibu juga boleh membuat biskut sendiri yang lebih sihat dan semestinya tiada bahan pengawet. Untuk lebih kreatif, bentukkan biskut tersebut dengan bentuk seperti bear, kereta dan juga haiwan kesayangan mereka. Hiasi dengan manik-manik yang berwarna-warni, coklat rice, atau pelbagai bentuk hiasan yang ada di jual di pasaran.

Buah-buahan kering seperti buah prun, kurma, kismis, buah tin, apricot, buah zaitun dan juga kekacang juga boleh di jadikan snek sihat untuk anak-anak. Caranya, buah-buahan kering di potong kecil dan di campurkan di dalam satu bekas. Kekacang yang telan disangai atau di bakar juga boleh di campur sekali ke dalam campuran buah-buahan kering tadi.

Bar bijirin juga boleh menggantikan makanan ringan. Bukan sahaja kanak-kanak menggemarinya, orang dewasa juga sama. Ianya juga mudah di buat di rumah dan anda boleh mencampurkan pelbagai jenis bijirin dan juga kekacang yang semestinya tinggi zat dan serat ke dalamnya.

Paling di sukai ramai, bertih jagung juga antara salah satu snek sihat. Mudah didapati di luar dan juga mudah di buat di rumah. Anda boleh pelbagaikan warna untuk menarik minat kanak-kanak.

Kudapan atau snek yang perlu dielak:

Terlalu manis

~ Biskut yang ada di pasaran biasanya tidak mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak. Tetapi, jika biskut itu terlalu manis seperti biskut gula, seeloknya di elakkan. Kandungan gula yang terkandung dalam makanan untuk anak perlulah seminimum yang boleh.

Garam

~ Pastikan anda tidak biasakan anak dengan makanan bergaram terutamanya bagi anak yang masih kecil. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan makanan ringan yang menjadi kegemaran kanak-kanak mengandungi dua kali ganda garam melebihi kadar yang selamat untuk orang dewasa. Kanak-kanak menanggung risiko kesihatan lebih besar kerana tubuh mereka lebih sukar menyingkirkan natrium berbanding dengan orang dewasa.

Info tambahan:
Selain daripada snek, air yang anak anda minum juga perlu diperhatikan. Ramai kanak-kanak suka minum minuman berkarbonat kerana rasanya yang manis. Inilah yang perlu dielakkan. Sebaiknya, beri anak anda minum air kosong, susu atau pun jus perahan buah-buahan segar.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com