Open top menu
Friday, December 27, 2013

Assalamualaikum..

Hari jumaat yang indah. Hari ini nak share resepi Homemade Nugget untuk si kecil. Yang ni memang biasa buat untuk anakku si Umar.

Resepi mudah yang menyelerakan. Bukan sahaja membuka selera kanak-kanak tapi kita yang dewasa pun turut terliur.


Tengok gambar pun boleh terliur kan. Actually dah lama juga tak buat ni. Ada masa boleh buat lagi. Mudah saja. Gaul-gaul. Bulat-bulatkan. Golek-golek. Goreng. Senang je kan.

Bahan :-

200g daging kisar (ayam/daging)
1sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil garam
2biji telur
Serbuk roti

Cara :-
~ campurkan tepung gandum dan garam bersama daging kisar. Gaul sebati.
~ bulat-bulatkan adunan tadi. Ketepikan.
~ pukul ringan telur.
~ celupkan adunan yang dah dibulatkan tadi ke dalam telur dan golekkan ke dalam serbuk roti.
~ gorengkan dengan minyak yang sederhana panas.

Nota kaki : pastikan daging kisar betul-betul kering sebelum di campur dengan tepung gandum. Ini bagi mengelakkan adunan menjadi lembik.

Selamat mencuba. Lepas ni dah tak payah nak beli nugget lagi. Lebih enak dan fresh. Lebih berkhasiat untuk di berikan kepada anak dan keluarga.
About Author
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com