Open top menu
Sunday, February 23, 2014

Assalamualaikum..

Jaundis atau demam kuning memang perkasa biasa di hadapi oleh bayi baru lahir. Tetapi tidak semua bayi baru lahir akan mengidapinya. Jom kita kupas dengan lebih menarik tentang jaundis ni.


Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ia kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya seketika, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian yanglebih.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Apakah penyebab jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis

Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.

Jaundis Normal/Physiologic 

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada etnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. 

Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

Jaudis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah (kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

Jaudis Susu Ibu

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari pertama ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Bagaimana merawat jaundis?

Jika anda menyusukan bayi anda, anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda memerlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. 

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air masak kerana penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis. 

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 


Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis. 

Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat. 

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah. 


Pesanan à cukupkanlah ilmu tentang jaundis ini terutama pada ibu hamil sulung supaya kita dapat membantu bayi bebas jaundis dengan lebih mudah dan lebih cepat.
Different Themes
Written by Honeyneeza

Kepakaran saya adalah membantu anda menambah nilai kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman serta memberikan konsultansi makanan tambahan dan mentoring menjana kewangan dengan perniagaan kesihatan

0 comments

mommykhalifah.com